Sunday, November 30, 2008

Zaid Ibrahim

Hari ini timbul lagi kisah Zaid Ibrahim, bila dia dikatakan berada di konvensyen Parti Keadilan Rakyat. Bagi sesiapa yang tak mengikuti sangat perkembangan politik negara, mungkin akan merasa terkejut. Tetapi bagi yang sentiasa peka, mereka pasti sudah menjangka perkara tersebut akan berlaku.

Bagi saya, orang seperti Zaid tidak perlu diberi publisiti yang meluas oleh media. Orang sepeti Zaid sebetulnya adalah orang yang gilakan publisiti. Mungkin baginya, semakin kerap kisah beliau dipaparkan dalam media, maka firma guamanan beliau (ZICO) akan terus berada di ingatan rakyat Malaysia. Beliau boleh dikatakan sebagai oportunis, di mana ada keuntungan di situlah beliau akan berada.

Ingat lagi tentang wang ex-gratia, yang dibayar kepada bekas-bekas hakim, yang baru lalu? Apa yang telah beliau lakukan? Sesudah bayaran dibuat, beliau meletak jawatan di atas sebab ISA seperi yang dinyatakan. Beliau juga menyatakan, ISA bertentangan dengan prinsip yang beliau perjuangkan. Apa yang beliau perjuangkan sebenarnya, adakah benar seperi yang beliau nyatakan? Atau mungkin ada sesuatu perjanjian berkenaan dengan wang ex-gratia tersebut. Walaupun dengan % yang sikit, dengan jumlah yang banyak, % yang sikit tersebut tetap banyak bagi kita rakyat yang biasa. Ini cuma tekaan saya semata-mata.

Apa pula Pak Lah buat? Nada...seperti kata orang Sepanyol, atau langsung tiada. Pak Lah langsung tak berbunyi, bila ianya berkenaan dengan Zaid atau orang-orang yang dikatakan sebagai orang kem beliau, mulut Pak Lah seperti terkunci. Sebenarnya ada pesamaan antara kedua-duanya, disebabkan keduanya bertuankan Singapura. Perlu diingat, firma guaman Zaid mempunyai peratusan saham yang tinggi yang dipegang oleh firma dari Singapura. Begitu juga Pak Lah, bila ada sahaja keputusan yang penting hendak dibuat di dalam negara, beliau akan pergi ke pulau di seberang tambak di atas alasan untuk bermain golf.

Adakah orang-orang seperti ini yang harus kita percayai. Yang tidak dapat membuat keputusan dengan sendiri. Anwar pula tiada bezanya. Masalah ini sebenarnya dicari oleh mereka sendiri. Mereka mendaki puncak kuasa dengan menggunakan pengaruh wang semata-mata. Wang tersebut jika kita cari di mana puncanya pasti kita takkan temui. Mereka ini bukannya orang yang dungu. Tetapi selepas mereka berkuasa, kita akan dapat menilai dari tindak tanduknya. Dan kita juga bukannya dungu kesemuanya.

Ingat lagi semasa pemilihan agung UMNO, bilamana Anwar menentang Ghafar Baba. Jumlah wang yang banyak mengalir pada masa tersebut, Ghafar terpaksa mengalah, dan membuatkan Mahathir menjadi sebak. Dan tidak berapa lama dahulu, Anwar sendiri mengakui dia mendapat bantuan dari rakan beliau iaitu Paul Wolfowitz. Siapa Paul Wolfowitz, anda googlekan sendiri.

Bila saya halusi dengan lebih mendalam lagi, saya dapat rasakan, tangan-tangan halus dari Singapura yang menggerakkan semua ini. Amat malang sekali ada pemimpin-pmimpin kita yang termasuk ke dalam perangkap mereka.

Inilah yang mengakibatkan Thaksin di Thailand kehilangan kuasa. Thaksin telah digunakan oleh Singapura, melalui sayap pelaburannya iaitu Temasek, untuk mendapatkan satelit-satelit komunikasi Thailand melalui penguasaan syarikat Shincorp kepunyaan keluarga Thaksin. Demi keutungan peribadi Thaksin sanggup menjual kepentingan negara, dan inilah yang menyebabkan tentera Thailand merampas kuasa. Sehingga ke hari ini Thailand tidak aman. Adakah ini juga yang kita mahukan.

Mungkin kita mempunyai akal yang tidak sepintar akal professor dari England yang Pak Lah panggil untuk membantu beliau, tetapi kita boleh mengagak apa yang akan Singapura lakukan. Singapura tidak akan membiarkan jiran-jirannya lebih maju dari mereka, dan ianya bukan akibat dari sikap cemburu. Itu adalah semata-mata untuk survival mereka. Jiran yang maju akan mempunyai daya saing yang tinggi. Dan persaingan adalah apa sesuatu yang Singapura tidak ingini. Dengan sumber yang terhad, dan ekonominya yang bergantung ke atas perdagangan semata-mata, Singapura pastinya tak ingin ketinggalan. Mungkin Tony Fernandez dari Air Asia dapat menerangkan dengan lebih lanjut, bagaimana kecewanya beliau bila berurusan dengan Singapura. Hingga di satu ketika beliau bersumpah tak akan menjejakkan kaki ke Pulau tersebut lagi.

Itu mungkin alasan yang kukuh, bagi Singapura menguasai pemimpin-pemimpin kita. Mereka tidak kisah berapa banyak wang yang digunakan, kerana sudah pasti mereka akan mendapat keuntungan. Sekarang mereka ada Khairy Jamaludin dan syarikat penguasaannya menjadi anak patung Singapura. Pernah dengar urusan Maybank di Indonesia. Jangan juga kita terkejut, jika orang kem Pak Lah menang semasa pemiliha UMNO nanti, Petronas juga akan jatuh ke tangan mereka kerana di situlah lubuk emas yang sebenar selain dari EPF.

Saya adalah orang di luar UMNO, saya tiada kepentingan langsung di dalam UMNO tetapi saya ada kepentingan ke atas negara saya, kerana ini adalah rumah saya dan di sini jugalah yang akan menjadi tempat saya bersemadi. Saya sangat berharap orang UMNO dapat berbuat sesuatu supaya golongan dayus ini tidak lagi menguasai negara kita. Dengan imej yang bersih mungkin dengan mudah mereka dapat menipu anda, tapi jangan mudah terpedaya kerana sesuatu yang kelihatan bersih di luar, tidak semestinya bersih di dalam.